Warning Warning: I am able to write to the configuration file: /home/asiahome/public_html/includes/configure.php. This is a potential security risk - please set the right user permissions on this file (read-only, CHMOD 644 or 444 are typical). You may need to use your webhost control panel/file-manager to change the permissions effectively. Contact your webhost for assistance. See this FAQ


Awie, Sharnaaz - Dollah Superstar

RM19.90

Product Info :
Actor / Artist : Awie, Sharnaaz

Format : DVD
Barcode : 9556100001023
Language : Malay
Subtitle : Malay, English
Genre Type : Comedy
Region : NTSC ALL
Disc Quantity : 1
Label : K & L Entertainment Sdn Bhd
Synopsis :
"Filem ‘Dollah Superstar’ merupakan filem aksi komedi kedua arahan Kabir Bhatia selepas filem ‘Setem’ yang ditayangkan pada tahun 2009. Filem ini telah menghimpunkan banyak nama-nama popular seperti Awie, Sharnaaz Ahmad, Fizz Fairuz, Neelofa, Isma Aizal Yusof, Aziz M. Osman, Lan Pet Pet, Datin Umie Aida, Faisal Ishak, Bront Palarae, Beto Kusyairy, Emelda Rosmila, Wan Raja, Afida Es, Nadiyaa Nisaa, Johan As’ari, Aisya Hasnaa serta ramai lagi.
Dollah Superstar telah pun mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 2 Oktober lalu. Ia mengisahkan Dollah Rimau (Awie), seorang gangster veteran yang memendam impian untuk menjadi seorang pelakon. Dollah mendapat peluang keemasan apabila seorang pelakon popular, Shah Dazzle (Sharnaaz Ahmad) memintanya tunjuk ajar dan seterusnya menjadi mentor untuk sebuah filem aksi.
Namun begitu, di lokasi penggambaran filem tersebut, gangster yang bermula sebagai pelakon tambahan ini telah berjaya menenggelamkan watak bintang utama filem tersebut menggunakan kepakarannya dalam aksi samseng hingga pelbagai masalah timbul dan pembikinan filem itu menjadi huru-hara. Penggambaran filem itu terbengkelai di tengah jalan dan Dollah telah dipersalahkan. Dollah membuat keputusan untuk memperbaiki keadaan dengan satu-satunya cara yang dia pakar iaitu cara gangster.
Melihat kepada garapan yang dilakukan oleh Kabir menerusi filem ini, ada kelainan yang cuba dibawakan dalam filem ini. Kalau sebelum ini masyarakat sering disuakan dengan filem gangster yang datang daripada pelbagai garapan, filem ini menampilkan formula berbeza dengan menggabungkan dunia gangster bersama dunia hiburan. Seperti contoh, babak-babak di set penggambaran pasti membuatkan penonton tergelak tidak kering gusi.
Melihatkan kepada lakonan teraju filem ini, semuanya terbentuk sama rata dan berjaya dirangkumkan dengan baik oleh Kabir. Tak usah dipertikaian mutu lakonan Awie kerana aktor ini seringkali memberikan yang terbaik. Cara Sharnaaz membawakan watak hero filem yang ‘lembik’ juga menjadi kerana sebelum ini kita sering disogokkan dengan lakonan Sharnaaz sebagai samseng atau lelaki ganas.
Sebagai kesimpulan, GUA boleh klasifikasikan filem ini sebagai filem yang menghiburkan, tetapi berada di tahap biasa-biasa sahaja. Jika penonton hanya mahu bergelak ketawa, GUA sarankan anda semua untuk menonton filem ini bagi melegakan tekanan."

Add to Cart:

  • Model: 9556100001023
  • Shipping Weight: 0.17kgs
  • Manufactured by: K&L Entertainment


This product was added to our catalog on Friday 12 December, 2014.

Asia Home CDs Entertainment is Upfront